
1. Latihan Ekspedisi
-Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan selama 24 jam yang beratnya tidak lebih daripada 15kg, termasuh 10kg barang makanan. Dia hendaklah bersedia menyediakan dan menyusunnya di dalam beg sandang (haversack).
2. Ekspedisi
-mengambil bahagian yang penting selama 24 jam dalam satu ekspedisi Pengakap berikut yang mengandungi 4 hingga 8 orang dengan
- Berjalan kaki sejauh 40km.
ATAU
- Berbasikal sejauh 120km.
ATAU
- Berperahu / berkayak sejauh 16 km. (8km mudik dan 8km mengilir)
ATAU
- Berakit sejauh 30km.
ATAU
- Mendaki bukit / gugun (mengikut keadaan tempatan)
Ingatan :
Mengetahui dan boleh menyediakan langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilihnya.
Penguji mestilah berpuashati bahawa Pengakap itu sihat tubuhbadan dan fikirannya untuk melakukan ekspedisi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.
Satu laporan (mengikut format yang ditetapkan) yang lengkap berkenaan dengan ekspedisi itu, dengan tulisan tangan, ditaip, dirakam dalam pita rakaman atau divideokan hendaklah diserahkan kepada Penguji tidak lewat daripada 10 hari selepas ekspedisi itu selesai dilakukan.