Wednesday, January 7, 2009

Lencana Jaya


1. Cita-Cita Pengakap
1.1 Mengetahui organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik.

1.2 Mengetahui sejarah tertubuhnya Malaysia.

1.3 Melukis dan menerangkan erti Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri masing-masing.

1.4 Mengetahui tugas kerja Dewan Undang Negeri.

1.5 Mengenali dan mengetahui nama penuh Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.


2. Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani
2.1 Mengetahui Latihan Asas Perbarisan:
-Hotmat Masa Berjalan (Kehadapan Hormat, Ke Kanan/Kiri Hormat), Belakang Pusing Masa Berjalan dan cara menerima sijil/hadiah/anugerah (Hormat Terima Sijil).

2.2 Lanjutkan latihan perarisan Kawat Tongkat Pengakap semasa berjalan.

2.3 Tahu menyediakan dan melakukan perkara berikut:-


3. Kepimpinan
3.1 (a) Menghadiri sepenuhnya kursus latihan bagi Ketua Patrol dan memimpin seorang Pengakap (atau lebih) dalam patrol sendiri bagi memenuhkan kehendak Lencana Maju

ATAU

3.2 Menunjukkan kebolehan memimpin berikut dalam masa satu hari.
  • Merancang dan menjalankan dengan jayanya satu penggembaraan Patrol.

  • Merancangkan serta mengambil bahagian dalam satu acara Malam Pengakap mengandungi lakonan / tarian dan nyanyian.

  • Boleh menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol.

3.3 Menunjukkan cara membawa bendera:-

  • di bahu

  • tanpa berkibar

  • berkibar

4. Kejayaan
Melaksanakan sekurang-kurangnya satu kemahiran dari tiap-tiap Kumpulan A, B, C dan D yang disenaraikan di bawah ini. Semua persediaa keselamatan adalah tanggungjawab Pemimpin Unit yang berkenaan.

KUMPULAN A - CABARAN
1. Lakukan satu sahaja
(a) Mendayung perahu satu tempat duduk atau sampan atau rakit kecil sejauh tidak kurang dari satu kilometer.
(b) Melayarkan sampan layar; memasang dan mengemaskan layar dan menyimpannya dengan baik.

ATAU

2. Mendaki bukit tidak kurang dari 300 meter tingginya bersama dengan Patrolnya sendiri.

3. Berbasikal satu perjalanan bersama dengan Patrol sendiri sejauh 30 kilometer dan membuat laporan perjalanan tersebut dalam Buku log berkenaan.


KUMPULAN B - AMALI
1. Mengamalikan satu daripada berikut:-
(a) Menjaga dan menyelenggarakan
  • peralatan rumah

  • perabot

  • peralatan logam

  • perhiasan rumah

ATAU

(b) Mengambil sendiri tiga jenis gambarfoto dari tiga sudut yang berlainan : wajah (potret), lakonan pemandangan dan bangunan.

2. Membuka dan memasang roda, memeriksa dan mencuci "plug" memeriksa air bateri, minyak dan tayar sebuah motosikal.

3. Mengetahui kod fonetik antarabangsa yang digunakan dalam siaran radio amatur.

4. Menunjukkan bukti telah mengambil bahagian dalam SATU projek orang ramai seperti bergotong-royong, membaiki titi di kampung, menuai padi, membersihkan taliair dan sebagainya.


KUMPULAN C - KESUNGGUHAN
Kesemuanya aktiviti Patrol dengan pemusatan kepada keupayaan perseorangan KECUALI NO.2

1. (a) Menyempurnakan perjalanan berjalan kaki, bersampan, atau dengan bot sejauh sekurang-kurangnya 10 kilometer serta mengadakan perkhemahan dalam perjalanan itu.

ATAU

(b) Berbasikal sejauh sekurang-kurangnya 40 kilometer selama sekurang-kurangnya 2 hari dan bermalam dalam khemah pada tempat pilihan sendiri;

(c) Menyempurnakan perjalanan malam sejauh sekurang-kurangnya 10 kilometer antara senja dengan subuh.

2. Berkebolehan dalam kemahiran gimnastik atau seni mempertahankan diri.

3. Membuat bekalan "boleh hidup" dari makanan kering (dehydrated) dan menggunakannya dalam penggembaraan 24 jam bersama patrol.

4. Melakukan salah SATU daripada kegiatan luar berikut:
  • Memanah

  • Memancing

  • Kajian barang purba

  • Kajian isi bumi

  • Pemeliharaan alam sekitar
5. Menunjukkan serta mengetahui kegunaan simpulan dan ikatan berikut:-
  • Simpul Abah-Abah (manharness knot)

  • Lilit Tindih Kejap (rolling hitch)

  • Simpul Ngah (middleman's knot)

  • Tindih Kasih Air (water bowline)

  • Ikatan Pengail (fisherman's bend)

  • Lilitan Tong (barrel hitch)

  • Sambatan Mata (eye splice)

  • Lilit Kacang / Ular (floor/snake lashing)

  • Ikatan Silang Tungku (tripod/figure 8 lashing)
6. Mendirikan sebuah pondok sementara (bivouac) serta tidur di dalam selama semalam.

7. Menyiapkan satu projek perintis tidak kurang dari 2 meter tinggi / panjang.


KUMPULAN D - MASYARAKAT
1. Menyedia, memasak dan melayan dengan memuaskan satu hidangan makan tengahari / malam bagi empat orang di dalam atau di luar rumah.

2. Mengambil bahagian cergas dalam pertunjukkan hiburan amatur dengan mempersembahkan nyanyian beramai-ramai, permainan silap mata, lakonan drama dan tarian kebangsaan.

3. Merancangdan menjalankan Malam Pengakap bagi kumpulan (Troop) atau majlis perpisahan.


5. Perkhidmatan
5.1 Mengetahui kegunaan kayu tuap dalam rawatan patah tulang kaki dan patah lengan.

5.2 Menunjukkan teknik mengamalkan sistem pemulihan nafas mulut ke mulut.

5.3 Melakukan perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 jam di dalam atau di luar Pergerakan Pengakap kepada pertubuhan orang cacat, hospital, rumah kebajikan atau tempat ibadat.