Tuesday, January 6, 2009

Lencana Keahlian


Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.
  1. Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam Pengakap.
  2. Memahami makna dan semangat 5 prinsip Rukunegara.
  3. Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia serta memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.
  4. Melafazkan "Persetiaan Pengakap" dan memahami "Undang-undang Pengakap".
  5. Mengetahui cara "Hormat Pengakap" dan "Cogankata Pengakap Muda".
  6. Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden-Powell.
  7. Mengetahui mengikat dan megguna semua simpulan berikut :
  • Buku Sila (reef knot)
  • Bunga Geti (sheet bend)
  • Simpul Manuk (clove hitch)
  • Tindah Kasih (bowline)
  • Lilit Dua Simpul (round turn and two half hitches)
  • Lilit Pemati Biasa (common whipping)