
1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
4. Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi / panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
6. Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan / daging dan telur.
7. Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat 2 jenis 'plaster casts'.
8. Mengetahui cara membuat penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat satu model projek perintis.
10. Lakukan perkara yang berikut:-
10.1 Berenang 50 meter berpakaian lengkap
10.2 Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pacang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali lemparan.
ATAU
10.3 Mengetahui cara Abseil / Rappel, alatan untuk 'abseil', langkah keselamatan, sistem belay, cara 'abseil' dan melakukan 'abseil' sejauh 8 meter.
ATAU
10.4 Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya:
10.5 Menggunakan tindih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi - 5 meter (pokok atau bangunan atau gaung curam).